ARTIKEL

PENGERUSI KARNIVAL... Abdul Muhtalip Tegak.

Karnival futsal veteran, bawah 12 tahun dapat sambutan hangat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Karnival Liga Futsal Veteran dan Bawah 12 Tahun 2025 yang dijadual berlangsung 6 Disember depan mendapat sambutan memberangsangkan.

Ia mengambil kira jumlah pasukan yang telah mengesahkan penyertaan setakat ini bagi kedua-dua kategori terbabit.

Pengerusi Karnival, Abdul Muhtalip Tegak memberitahu, kategori veteran kini menghampiri sasaran sepuluh pasukan setakat ini.

Berbanding penyertaan untuk kategori bawah 12 tahun yang juga turut menghampiri 20 pasukan.

“Kita menerima maklum balas yang cukup memberangsangkan untuk penyertaan bagi kedua-dua kategori ini,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, pasukan yang mengesahkan diri untuk menyertai karnival terbabit mewakili pelbagai kelab handalan dari Kuching, Samarahan dan kawasan sekitarnya.

Menurut Muhtalip, pihaknya percaya koata ditetapkan bagi kedua-dua kategori berkenaan mencapai sasaran diingjnkan.

“Pasukan berminat dan ingin membuat pendaftaran boleh menghubungi saya di talian 012-8844581,” jelas Muhtalip.

Karnival anjuran Kelab Bola Sepak V-FOSS FC dan Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) akan berlangsung di gelanggang futsal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan.

Tambah Muhtalip, hadiah wang tunai cukup lumayan menanti tiga pasukan terbaik bagi setiap kategori.

“Juara bagi kategori bawah 12 tahun akan menerima wang tunai RM600 dan piala.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM400 termasuk piala.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM200 selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambah beliau.

Bagi kategori veteran, juara akan membawa pulang wang tunai RM800 dan piala. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM500 beserta piala.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan menerima wang tunai RM250 selaku pemenang tempat ketiga bersama,” menurut beliau lagi.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU