KUCHING: Karnival Hoki 5 Sebelah (lelaki dan wanita) edisi kelapan 2026 berlangsung di Stadium Hoki Negeri Sarawak, Jalan Padungan, baru-baru ini.
Karnival anjuran Persatuan Hoki Negeri Sarawak (PHNS) dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menghimpunkan sebanyak 57 pasukan untuk bersaing dalam tiga kategori utama (12 tahun ke bawah lelaki dan wanita), (14 tahun ke bawah lelaki dan wanita) dan 16 tahun ke bawah lelaki dan wanita).

Tamat saingan dua hari karnival terbabit (18 dan 19 April) menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan.
Kategori 12 tahun ke bawah lelaki diungguli Thunderhawks HT. Sambil, tempat kedua hingga keempat milik pasukan ST GilesRaptor, Serian Thunder dan Serumbu Wolves.
Bagi kategori 12 tahun ke bawah wanita pula, juara milik pasukan Thunderhawks SJ. Naib juara pasukan Tembawang HT, manakala tempat ketiga dan keempat milik pasukan Serian Thunder serta Serumbu Wolves.
Kategori 14 tahun ke bawah lelaki, juara milik pasukan Mukah HT. Naib juara hingga keempat milik pasukan SMK Saribas, Paku Cobra dan Ryton U14 Boy.
Berbeza saingan melibatkan kategori 14 tahun ke bawah wanita yang gah diungguli pasukan SMK Paku.
Naib juara pasukan SMK Saribas. Selain, tempat ketiga dan keempat milik pasukan Skalor Girls A dan Tebakang U14.
Dalam pada itu, pasukan Excalibur HT mendominasi gelaran juara kategori 16 tahun ke bawah lelaki.
Diikuti pasukan Paku Cobra Sr, Skalor Boys dan Singai HT masing-masing menduduki tempat kedua hingga keempat.
Pasukan St Mary pula mengungguli kategori 16 tahun ke bawah wanita. Paku Raptor, Excalibur HT dan Tesst HT menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden PHNS, Datin Mary Sadiah Zainuddin.

