ARTIKEL

Karnival Liga Futsal Remaja SYFA bulan depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Usaha melahirkan bakat baharu dalam sukan bola sepak lima sebelah atau futsal terus diperkasakan.

Sejajar dengan itu, Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) akan menganjurkan Karnival Liga Futsal Piala Remaja Bawah 12 dan Bawah 16 Tahun Edisi Ke-II 2026.

Pengerusi Karnival, Abdul Muhtalip Tegak berkata, karnival berkenaan akan berlangsung pada 7 Februari depan di Pusat Sukan Sentosa, Jalan Stakan.

Menurut beliau, penganjuran karnival tersebut merupakan kesinambungan kejohanan sama yang dianjurkan pada tahun lalu.

“Tahun lepas kita turut menganjurkan karnival sama dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Justeru, pada tahun ini kita meneruskan lagi penganjurannya,” ujar Muhtalip ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

Katanya, hadiah menarik menanti tiga pasukan terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

“Hadiah berupa wang tunai RM500 berserta piala dan pingat akan diberikan kepada pasukan yang muncul juara bagi kedua-dua kategori.

“Naib juara pula akan menerima wang tunai RM400 bersama piala dan pingat, manakala tempat ketiga bersama akan menerima wang tunai RM150 termasuk piala dan pingat,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan telah dibuka bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi beliau di talian 012-8844581.

Menurutnya lagi, penyertaan bagi kategori bawah 12 tahun adalah terhad kepada 20 pasukan, manakala kategori bawah 16 tahun pula dihadkan kepada 16 pasukan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU