ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG...Post r karnival.

Karnival Piala Presiden SYFA 2025: Pentas pemain muda pamer bakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Karnival Bola Sepak Piala Presiden Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) berlangsung di padang bola sepak Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan pada 1 September depan.

Setiausaha Kehormat SYFA, Abdul Muhtalip Tegak memberitahu, empat pasukan akan berentap pada karnival itu kelak untuk memburu gelaran juara.

Menurut Muhtalip, pasukan terlibat diwakili para pelatih akademi berkenaan.

“Saingan kali ini menghimpunkan empat pasukan sahaja yang diwakili pelatih akademi ini (SYFA).

“Kita menjangkakan saingan sengit kerana pemain atau pelatih dari SYFA cukup berbakat,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Mengulas lanjut objektif penganjuran karnival berkenaan, Muhtalip berkata, ia bagi memberi peluang kepada pelatih SYFA mengaplikasikan latihan kemahiran yang diperoleh di akademi berkenaan selama ini.

“Penganjuran karnival ini akan dapat memberi peluang kepada pelatih SYFA memperlihatkan bakat mereka sekali gus mempraktikkan kemahiran mencakupi teknik yang dipelajari daripada barisan jurulatih sedia ada,” tambah Muhtalip.
TAMAT/….

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU