ARTIKEL

Rodiyah selepas merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Tanpa Tunai.

Karnival Tanpa Tunai pacu digitalisasi luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Tunai bukan lagi keutamaan di Gedong apabila dipilih sebagai model komuniti luar bandar tanpa tunai pertama di Sarawak melalui pelancaran Cashless Carnival Sarawak 2025.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapi’ee berkata, inisiatif ini membuktikan masyarakat kampung juga mampu menikmati kemudahan moden yang lebih sinonim dengan komuniti bandar.

“Kalau dulu peniaga kecil terpaksa simpan duit tunai dengan risiko hilang atau susah nak kira baki, kini hasil jualan masuk terus ke akaun – lebih selamat, mudah, dan cepat.

“Komuniti tanpa tunai bukan sahaja memodenkan cara berniaga dan membentuk gaya hidup lebih efisien, tetapi juga memperkukuh ekonomi digital Sarawak agar masyarakat luar bandar tidak tercicir,” katanya ketika merasmikan majlis Pelancaran Karnival Tanpa Tunai di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sihi, hari ini.

Ujarnya, setakat suku kedua tahun ini, liputan internet mudah alih di kawasan Parlimen Batang Sadong telah mencapai 89.72 peratus dengan lapan menara telekomunikasi JENDELA siap dibina. 

“Malah, lima NADI turut diwujudkan di Gedong, Sadong Jaya, Simunjan, Lubok Punggor dan Kampung Sungai Apin sebagai pusat literasi digital masyarakat,” ujarnya.

Jelasnya, pelaksanaan program ini seiring dengan hasrat Premier Sarawak menjadikan transformasi digital sebagai tunjang utama menjayakan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS 2030).

Rodiyah turut menyeru peniaga di Gedong untuk mendaftar bersama rakan strategik seperti S Pay Global, Bank Negara, Maybank, Bank Islam, BSN, TM Unifi, Aeon Bank, ToyyibPay dan AKPK, bagi memastikan komuniti luar bandar benar-benar menguasai platform digital.

Program anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu diperluaskan ke Sarawak selepas kejayaan di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, dan Pahang. 

Melalui konsep Cashless @ NADI, Cashless Carnival @ NADI dan Cashless @ State, ia turut memperkenalkan pendekatan baharu Train-the-Trainers (CS 3T) bagi melatih Pengurus NADI membimbing penduduk kampung menggunakan transaksi tanpa tunai.

Setakat 24 September lalu, inisiatif Cashless @ NADI di Sarawak telah mencatat 1,173 transaksi dengan penglibatan 50 peniaga berdaftar secara digital di 11 lokasi NADI terpilih.

Karnival hari ini turut diserikan dengan gerai jualan peniaga tempatan, Jualan Rahmah MADANI serta aktiviti interaktif seperti roda bertuah yang menawarkan hadiah e-tunai sehingga RM30 kepada pengunjung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU