ARTIKEL

Teh Orkid Sarawak… Inovasi produk pertama berasaskan orkid tempatan.

Kasih Teh Orkid Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“Teh Orkid Sarawak” berakar daripada idea dan kasih seorang wanita, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam satu majlis barubaru ini, Abang Johari mendedahkan bagaimana idea penghasilan teh orkid bermula daripada arwah isterinya.

Menurut beliau, ketika bertemu dengan ahli Sarawak Orchid Society (SORORSO), arwah pernah berpesan agar mereka mencuba menghasilkan teh daripada orkid.

Pesanan yang tampak ringkas itu rupa-rupanya menyemai benih kepada industri baharu yang menggabungkan kasih, sains dan kelestarian alam. Orkid yang dimaksudkan bukan sekadar bunga hiasan. Dalam bahasa Cina, ia dikenali sebagai Shi Hu, manakala nama saintifi knya ialah Dendrobium nobile.

Spesies ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun serta dipercayai mampu meningkatkan tenaga, menyejukkan badan dan melambatkan proses penuaan.

Kini, orkid yang sama menjadi sumber inspirasi kepada Sarawak untuk menghasilkan teh herba yang unik dan berkhasiat. Sarawak sememangnya terkenal dengan kekayaan biodiversitinya.

Menurut rekod, negeri ini mempunyai lebih 1,000 spesies orkid,  enjadikannya antara kawasan yang memiliki kepelbagaian orkid tertinggi di dunia.

Antara yang paling menonjol ialah Coelogyne pandurata atau lebih dikenali sebagai Orkid Hitam Sarawak, bunga kebanggaan negeri yang melambangkan keindahan tropika Borneo.

Namun, dengan inisiatif baharu ini, orkid bukan lagi sekadar simbol keindahan, tetapi juga sumber nilai ekonomi yang lestari.

Abang Johari menyifatkan projek teh orkid sebagai lambang pendekatan baharu kerajaan negeri dalam menjana ekonomi berasaskan sumber semula jadi atau nature-based economy.

Pendekatan ini menekankan kelestarian alam sekitar di samping memperkukuh penyelidikan dan inovasi tempatan.

Seiring dengan visi tersebut, usaha menghasilkan Teh Orkid Sarawak bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut menzahirkan kekayaan biodiversiti yang dimiliki oleh negeri ini.

Kajian saintifi k kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti spesies orkid tempatan yang sesuai untuk dijadikan bahan minuman.

Para penyelidik turut meneliti potensi fi tokimia dalam orkid Sarawak yang boleh memberi manfaat kesihatan.

Langkah ini bukan sahaja memperkukuh nilai ekonomi fl ora tempatan, malah membuka ruang kerjasama antara saintis, usahawan dengan komuniti setempat.

Potensi pasaran teh herba di peringkat global juga sangat besar.

Menurut laporan Grand View Research (2024), industri teh herba dunia dianggarkan bernilai lebih ASD3.6 bilion dan dijangka terus berkembang sekitar lima peratus setahun.

Dalam pasaran yang didominasi oleh jenama antarabangsa seperti Jasmine, Chamomile dan Earl Grey, kemunculan Teh Orkid Sarawak mampu menarik perhatian pengguna yang mencari sesuatu yang eksotik, asli dan lestari.

Lebih menarik, projek ini turut membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan dan keusahawanan.

Industri pelancongan boleh memperkenalkan pakej lawatan agro pelancongan ke ladang orkid serta bengkel pembuatan teh.

Pada masa yang sama, usahawan tempatan boleh mengeluarkan produk sampingan seperti lilin, sabun atau minyak wangi berasaskan ekstrak orkid.

Pendekatan ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai peneraju ekonomi hijau dan hab inovasi biosemesra di rantau ini.

Namun, di sebalik segala angka, data dan potensi pasaran, kisah sebenar yang menyentuh hati ialah nilai kemanusiaan di sebalik projek ini.

Teh Orkid Sarawak bukan sekadar produk baharu untuk dieksport, tetapi legasi cinta seorang isteri yang kini diteruskan oleh suami, keluarga dan rakyat Sarawak.

Ia kisah tentang kasih yang menumbuhkan ilham serta tentang keheningan yang melahirkan perubahan.

Bayangkan suatu hari nanti, di kafe moden di Kuching atau di hotel antarabangsa, para pengunjung menikmati secawan teh beraroma lembut berlabel Teh Orkid Sarawak.

Setiap hirupan bukan sahaja mengalirkan rasa ke tubuh, tetapi turut membawa kisah cinta, warisan dan kelestarian bumi Kenyalang. Jika Jepun berbangga dengan Matcha dan India dengan Darjeeling, biarlah Sarawak dikenali dengan Teh Orkid atau Orchid Tea, iaitu teh yang tumbuh daripada kasih, dibajai dengan kenangan dan kini diseduh menjadi warisan untuk dunia.

Seperti kata pujangga, “Bunga yang tumbuh daripada kasih akan terus mekar walau masa berlalu” dan kini bunga itu telah menjadi teh yang harum, lembut serta abadi.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

Kesedaran sivik masih rendah

SEJAK awal bulan ini, laman Facebook saya dipenuhi dengan pelbagai cerita, video, berita dan gambar mengenai perlumbaan Formula Satu (Formula One) yang berlangsung di Litar

BERITA TERBARU