ARTIKEL

Sikie menyampaikan kepada pengurus pasukan Kasihnya Warisan, Ardyman Matan yang merangkul gelaran Raja Sungai dalam Regata Tatau 2024 sempena Pesta Tatau 2024.

Kasihnya Warisan pertahan gelaran Raja Sungai, bawa pulang wang tunai RM20,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Pasukan Kasihnya Warisan dari N58 Balingian berjaya mempertahankan gelaran Raja Sungai dalam Regata Tatau yang diadakan sempena Pesta Tatau 2024.

Kemenangan ini membuktikan keunggulan pasukan tersebut dalam perlumbaan perahu tradisional yang berlangsung meriah di Batang Anap sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi kejuaraan.

Tahun lalu, pasukan berkenaan juga dinobatkan sebagai Raja Sungai dalam Mini Regata Tatau.

Sikie merakam gambar bersama pasukan Kasihnya Warisan yang merangkul gelaran Raja Sungai dalam Regata Tatau 2024 sempena Pesta Tatau 2024.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN Kakus Datuk Sri John Sikie Tayai.

Tempat kedua dimenangi pasukan Kueh Brother 1 yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

Kasihnya Warisan, sebuah lagi bot yang berdaftar di bawah Pasukan N58 Balingian terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan menerima wang tunai RM3,000 serta sebuah trofi.

Turut hadir menyaksikan perlumbaan perahu itu ialah isteri Sikie Datin Melia Gelen, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Pandang Semat serta Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan.

Pesta Tatau merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Sarawak dan merupakan program anjuran Pejabat Daerah Tatau dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu disokong persatuan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU