ARTIKEL

KATY PERRY kongsi kecederaan lutut ketika jelajah Lifetimes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KATY PERRY berkongsi kecederaan lututnya yang teruk akibat aksi menari dalam jelajah Lifetimes menerusi hantaran Instagram pada Jumaat lalu.

Dalam koleksi foto yang memaparkan perjalanan beberapa bulan terbarunya di pentas, penyanyi berusia 40 tahun itu memuat naik gambar kakinya yang penuh lebam dan calar ketika berehat di dalam tab mandi.

Menerusi foto susulan, Perry menjelaskan bagaimana insiden itu berlaku dengan memuat naik tangkap layar perbualan mesej bersama rakannya, Lauren Glucksman.

“Ia aksi meluncur di atas lutut yang biasanya membuat penonton berkata ‘ahhh’, tetapi kali ini membuat saya sendiri berkata ‘arghh’,” tulis bintang Dark Horse itu kepada Lauren.

Lauren membalas secara berseloroh: “Dan begitu sahaja, dia kini di usia 40-an.”

Kecederaan tersebut bukanlah insiden pertama Perry sepanjang jelajah dunia itu.

Bulan lalu, dia hampir terjatuh daripada prop terbang selepas mengalami masalah teknikal ketika persembahan di San Francisco.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU