MUKAH: Acara ikonik masyarakat Melanau, Kaul Mukah pada tahun ini akan berlangsung di Tapak Kaul Pantai Kala Dana, bermula 27 April hingga 3 Mei 2026
Manakala, Kaul Serahang Kakan akan diadakan pada Sabtu, 25 April 2026.
Sehubungan itu, Gerai Komuniti sempena Kaul Mukah 2026 akan bermula 27 April hingga 3 Mei.
Kaul Seraheng Kakan menampilkan ritual Kaul asal yang menekankan nilai tradisi dan adat masyarakat Melanau.
Sebelum itu, diadakan perarakan menggunakan perahu menelusuri Sungai Tellian sehingga ke Muara Batang Mukah menuju ke Tugek Kala Mukah.
Orang ramai dijemput memeriahkan Kaul Mukah 2026 yang pastinya menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.



