ARTIKEL

Datuk Len Talif Salleh semasa program Pelancaran Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar bagi sektor pertanian, kuari dan perlombongan Sarawak. | Foto: Mohd Alif Noni

Kawal selia kendiri jadi teras dalam audit alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prinsip kawal selia kendiri menjadi teras utama dalam Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar bagi sektor pertanian, kuari dan perlombongan Sarawak.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, pendekatan tersebut menggalakkan industri sektor terbabit mengambil tanggungjawab yang lebih besar dalam pematuhan alam sekitar serta meningkatkan prestasi alam sekitar secara berterusan.

Datuk Len Talif Salleh berucap pada majlis. | Foto: Mohd Alif Noni

Katanya, inisiatif ini membuktikan komitmen teguh Sarawak dengan akauntabiliti alam sekitar serta membuka laluan kepada kerjasama yang kukuh dan dipercayai antara pihak pengawal selia dengan industri.

“Dalam melaksanakan projek perintis ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) akan bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, serta Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar.

“Pelibatan dan sokongan aktif mereka amat penting bagi memastikan penyelarasan berkesan, penjajaran dasar serta penyertaan industri yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar bagi sektor pertanian, kuari dan perlombongan Sarawak di Kampung Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), di sini hari ini.

Len berkata, pendekatan kolaboratif tersebut juga mencerminkan komitmen keseluruhan kerajaan dalam memperkukuh pematuhan alam sekitar, meningkatkan akauntabiliti merentas sektor dan memastikan inisiatif kelestarian dilaksanakan secara berkesan serta konsisten di seluruh Sarawak.

Pada pelancaran itu, Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara agensi, kementerian dengan sektor industri terlibat.

Industri terbabit ialah Palmcol Oil Palm Plantation, Ta Ann Pelita Durin Plantation Sdn Bhd, Eastern Eden Sdn Bhd, Linau Mewah Sdn Bhd, Rinwood Pelita (Mukah) Plantation Sdn Bhd, Kumpulan Kris Jati Sdn Bhd, SALCRA Kedup I Oil Palm Estate, Timrest Sdn Bhd, PJP Pelita Biawak Plantation Sdn Bhd, Nescaya Palma Sdn Bhd, Sarawak Plantation Berhad (Peninjau Estate), Cahya Mata Sarawak Bhd dan Hollystone Quarry Sdn Bhd.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU