ARTIKEL

Abang Johari (kanan) dan Dr Abdul Rahman Junaidi (dua kiri) serta dif-dif kenamaan lain bergerak masuk ke dewan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DBKU semalam.

Kawasan bawah DBKU pesat membangun, lalui pelbagai transformasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kawasan di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kini sedang pesat membangun dan bersedia untuk mengalami pelbagai transformasi dari aspek pembangunan demi kesejahteraan rakyatnya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata terdapat pelbagai strategi pembangunan dan inisiatif jangka panjang untuk membangunkan kawasan DBKU.

“Bagi Satok, kita akan membangunkan jalan dari Segedup ke arah Petra Jaya, khususnya di kawasan Tupong yang agak padat.

“Oleh itu, kita perlu menambah infrastruktur di kawasan Tupong memandangkan pembangunan berterusan ke arah kawasan seperti Pantai Damai, khususnya Telaga Air, yang berada bawah bidang kuasa DBKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semalam.

Abang Johari seterusnya berkata, kawasan Segedup juga akan menjalani program penempatan semula yang sama seperti di Sungai Bedaun, di mana kawasan yang luas telah dikenal pasti bagi tujuan tersebut.

“Justeru, ini adalah antara pembangunan pesat, termasuk pembinaan Stesen Sentral Autonomous Rapid Transit (ART) di hadapan Pusat Acara Pertukaran Hikmah (HEEC),” katanya.

Beliau menambah, terdapat juga rancangan jangka panjang bagi kawasan seperti Semariang meliputi Semariang Pinggir dan Kampung Semariang, dengan konsep baharu yang serupa dengan pembangunan kawasan Darul Hana.

Ini bermakna DBKU akan menjadi kawasan yang akan kita ubah, katanya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki.

Abang Johari bersalaman dengan kakitangan DBKU.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli