ARTIKEL

Kawasan terpencil terima air bersih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Fasa kedua Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (Sawas) akan diteruskan pada tahun hadapan dengan melibatkan 56 penempatan. Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, Sawas yang diperkenalkan pada 2017 adalah untuk memastikan kawasan terpencil dibekalkan dengan air bersih.

“Beberapa kawasan dikenal pasti pada peringkat awal dan secara keseluruhannya ia melibatkan lima fasa projek,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kesedaran dan Pendidikan Sistem Sawas di Kalampun Lawas, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) menjelaskan, setiap pakej projek Sawas menggunakan sistem berbeza mengikut keadaan geografi sesuatu tempat.

“Ada tempat menggunakan sumber air sungai, air hujan dan air takungan,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menggesa JKKK di penempatan terpilih untuk projek Sawas supaya menyediakan penduduk yang bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara loji rawatan.

“Ia penting untuk memastikan loji ini dapat bertahan lama dan seterusnya dapat membekalkan air bersih kepada penduduk,” jelasnya.

Malah menurutnya, Kerajaan Sarawak menyasarkan seratus peratus penempatan di negeri ini dibekalkan dengan air besih menjelang 2025. Turut hadir Timbalan Residen Limbang Sebi Abang; Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok; Timbalan Pengarah JBALB Ahmad Salihin Che Said dan Penghulu Tiga Buyun.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU