KUCHING: Persatuan Tinju Bahagian Kuching (KBA) mempertaruhkan 17 petinju pada Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023 Edisi Kedua yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman bermula dari 20 hingga 26 Ogos ini.
Presiden KBA, Datuk Dzulkarnaen Ahmad memberitahu, himpunan petinju terbabit mewakili tiga buah kelab gabungan badan induk iaitu 511 ASWAT Boxing Club, Knox 13 Boxing Club dan Panglima Seman Boxing Club.
“10 petinju terbabit akan bersaing dalam kategori Elit (21-40 Tahun), manakala tujuh lagi petinju yang akan bersaing dalam kategori Team Sukma (16-20 Tahun).
“Ini penampilan pertama petinju KBA dalam kejohanan, saya percaya mereka pasti akan cuba menampilkan aksi terbaik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen, Puan Sandra Sharon A/P Bala Krishnan, hari ini.






