ARTIKEL

PRESIDEN KBKT...Busmani Drahman.

KBKT anjur pertandingan badminton

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kelab Badminton Kampung Tambay (KBKT), Asajaya dijadualkan menganjurkan dua acara berprestij bulan depan.

Ia melibatkan Pertandingan Badminton Beregu Wanita, Piala Datin Sri Hajah Zuraini Abdul Jabbar 2026 pada 1 Julai dan Pertandingan Badminton Veteran Tertutup Kota Samarahan Dan Jemputan edisi ketiga 2026 pada 6 Julai nanti.

Presiden KBKT, Busmani Drahman memberitahu, kedua-dua pertandingan itu akan berlangsung di Dewan Rahman Hamzah, Kampung Tambay, Asajaya.

Menurutnya, pendaftaran bagi kedua-dua pertandingan itu sudah dibuka kepada umum bermula semalam.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi ahli jawatankuasa terlibat iaitu Insani Drahman di talian 019-8894661, Japar Umar (017-9498489), Ani Salleh (010-9020396), Latif (011-31448089) dan Atoi (017-8708251).

“Kita mengalu-alukan individu berminat untuk menyertai pertandingan ini.

“Tarikh akhir pendaftaran masing-masing ditetapkan pada 28 Jun ini dan 3 Julai depan,” ujar Busmani kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, hadiah menarik menanti kelompok tiga pemenang terbaik untuk kedua-dua pertandingan itu kelak.

“Bagi Beregu Wanita, Piala Datin Sri Hajah Zuraini Abdul Jabbar 2026, wang tunai RM300 dan RM200 beserta hamper menanti pasangan juara dan naib juara.

“Manakala wang tunai RM100 dan hamper masing-masing diterima dua beregu yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama,” jelasnya.

Dalam pada itu, wang tunai RM800, RM500 termasuk piala dan hamper masing-masing diterima pasangan juara dan naib juara bagi kategori veteran.

Dua beregu yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM300, piala dan hamper selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi