ARTIKEL

KBS lancar kelas zumba percuma untuk kaum ibu di PPR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melancarkan kelas zumba percuma untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang terutama kepada golongan ibu sebagai usaha mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan mereka.

Menterinya Hannah Yeoh berkata kelas zumba itu akan diadakan setiap hujung minggu bagi membolehkan mereka beriadah dan berehat selepas seminggu bekerja serta menjaga keluarga.

“Ramai ibu yang sibuk bekerja dan tidak bersenam, mereka menjadi penjaga. Ini adalah satu usaha yang kita boleh lakukan untuk mencegah orang ramai daripada jatuh sakit,” katanya semasa perjumpaan kelab Concorde bersama wartawan kanan di sini semalam.

Menurut Hannah, golongan ibu yang tinggal di PPR akan dapat menyertai kelas berkenaan kerana ia akan dijalankan dalam kawasan tempat tinggal.

“Kita sediakan kelas zumba percuma untuk sesiapa sahaja tapi tumpuan diberikan kepada golongan ibu kerana mereka menjaga anak-anak dan tidak boleh pergi jauh untuk bersenam dan kawasan tempat tinggal tiada padang,” katanya.

Kelas berkenaan akan dilancarkan dalam masa empat minggu bersama dengan pemerkasaan program Rakan Muda. – BERNAMA

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

BERITA TERBARU

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

Untuk orang muda

RINDOK (bahagia) hati orang muda. Apa tidaknya, apaapa perancangan banyak melibatkan generasi ini. Dapat diperhatikan, banyak kemudahan disediakan kepada golongan ini. Ia sangat-sangat sesuai dengan

Hasrat Tariq jemput Jokowi ke majlis perkahwinan

PERSONALITI media sosial, Tariq Halilintar dan Aaliyah Massaid membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dirancang pada tahun ini.  Bagaimanapun, Tariq berharap agar Presiden Jokowi

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan