ARTIKEL

Steven meninjau situasi di PPS Dewan Suarah Bintulu.

Kebajikan mangsa banjir dipantau rapi di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu menggerakkan usaha bantuan segera bagi membantu mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Bintulu dan Sebauh.

Pegawai Tugas-Tugas Khas II kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng, berkata setakat ini bantuan makanan telah disalurkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Suarah Bintulu.

Menurut beliau, penghantaran bantuan akan diteruskan ke PPS Balai Raya Sebauh selaras dengan keperluan semasa di lapangan serta situasi banjir yang masih dipantau dari semasa ke semasa.

“Tumpuan utama kami adalah memastikan keperluan asas mangsa banjir, khususnya bekalan makanan dan minuman, dapat disediakan dengan sebaiknya bagi menjaga kebajikan mereka sepanjang berada di PPS,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Suarah Bintulu, Sabtu petang.

Sehubungan itu, penduduk yang terjejas dinasihatkan supaya segera memaklumkan keadaan mereka kepada pihak berkuasa atau jawatankuasa bencana setempat bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, khususnya dalam keadaan cuaca tidak menentu dan paras air yang berpotensi meningkat.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali