ARTIKEL

Kebajikan penduduk di Rascom perlu diberi perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kerajaan Sarawak disarankan melantik seorang menteri khusus untuk menjaga Skim Penempatan Semula Rascom di Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Sekuau Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, skim penempatan Rascom sangat memerlukan sosioekonomi, pendidikan dan sebagainya untuk membangunkan penduduknya.

Menurutnya, walaupun skim penempatan berkenaan mempunyai wakil rakyat, ia belum cukup untuk memastikan proses keperluan itu berjalan dengan lancar.

“Skim Penempatan Semula Rascom seperti di Sekuau, Nanga Tada, Nanga Ngungun dan Jagau masing-masing mempunyai wakil rakyat di peringkat DUN dan parlimen daripada kerajaan memerintah tetapi ia sangat memerlukan seorang menteri dipertanggungjawabkan untuk perkara tersebut.

“Dengan adanya menteri, segala keperluan tersebut mungkin berjalan lancar dan lebih cepat sesuatu masalah berkaitan diselesaikan,” katanya pada sidang media di sini.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi