ARTIKEL

Wilfred Yap diiringi Tuai Rumah Kalina Janggui ketika menyantuni seorang wanita warga emas di Kampung Stampin, di sini, hari ini.

Kebajikan warga emas terus diberi perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama erat antara wakil rakyat dan ketua masyarakat serta ketua kaum (KMKK) amat penting bagi memastikan kebajikan golongan yang berdepan cabaran kesihatan terus terbela dan bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, berkata sesebuah komuniti akan menjadi lebih kukuh apabila setiap anggota masyarakat saling mengambil berat dan membantu antara satu sama lain.

Sehubungan itu, beliau menghargai peranan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) yang sentiasa peka terhadap keperluan penduduk, khususnya warga emas, sekali gus membolehkan bantuan dapat disampaikan tanpa berlengah.

“Kita mesti terus memelihara kebajikan warga emas serta mereka yang berdepan cabaran kesihatan dengan penuh belas ihsan dan empati,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan ke rumah seorang wanita berusia 82 tahun yang menghidap strok di Kampung Stampin, di sini, hari ini.

Dalam lawatan itu, Wilfred turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah kerusi roda dan barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban wanita warga emas berkenaan yang mengalami kesukaran bergerak akibat strok.

Menurutnya, walaupun sumbangan itu kelihatan sederhana, sebuah kerusi roda mampu memberi impak besar kepada kehidupan pesakit strok dengan meningkatkan mobiliti serta membantu mereka menjalani kehidupan secara lebih berdikari.

Selain itu, bantuan lampin pakai buang dewasa yang disalurkan juga dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung keluarga dalam menguruskan penjagaan pesakit.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan barisan KMKK bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Pada masa yang sama, Wilfred merakamkan penghargaan kepada Tuai Rumah Kalina Janggui atas keprihatinan dan tindakan pantas beliau memaklumkan keadaan wanita warga emas tersebut, sekali gus membolehkan bantuan disampaikan dengan segera.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU