ARTIKEL

BERTARUNG DENGAN API… Anggota bomba memadam kebakaran belukar seluas lima hektar di Lorong Teku 14, Sibu, yang memasuki hari ketiga hari ini.

Kebakaran belukar Lorong Teku masuk hari ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kebakaran belukar di Lorong Teku 14 memasuki hari ketiga hari ini, dengan kira-kira 3.5 hektar kawasan masih belum berjaya dipadam sepenuhnya.

Komander Operasi, PBK I Yaakub Adanan berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah berjaya memadam kira-kira 1.5 hektar daripada keseluruhan lima hektar kawasan terbakar.

Menurutnya, operasi pemadaman yang bermula jam 9.08 pagi ditangguhkan pada jam 5.05 petang atas faktor keselamatan.

“Untuk mengawal api daripada merebak, pasukan menggunakan kaedah fire break di Sektor A dan Sektor B, selain tiga pancutan air sepanjang kira-kira 1,000 kaki.

“Operasi turut menggunakan pam GP 10/10 dan pam Compact Fire Rescue Tender (CFRT), dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba yang terletak kira-kira 600 kaki dari pam CFRT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai sembilan anggota BBP Sungai Merah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai dan pasukan tiba pada jam 9.07 pagi.

Beliau berkata, tindakan pasukan berjaya memastikan kebakaran terkawal sekali gus mengurangkan risiko api merebak ke kawasan berdekatan.

“Operasi hari ini turut membabitkan sebuah CFRT, sebuah EMRS dan sebuah kenderaan Hilux, manakala tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan keadaan kebakaran di lokasi,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU