ARTIKEL

Kebakaran hutan Taman Negara Niah dipercayai akibat sambaran petir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kebakaran hutan di Taman Negara Niah yang berlaku sejak semalam dipercayai berpunca daripada sambaran petir sehingga menyebabkan pokok-pokok di puncak bukit batu kapur terbakar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jamri Masran berkata, pihaknya memohon bantuan Unit Udara Bomba yang berpangkalan di Miri bagi melaksanakan operasi pemadaman menggunakan kaedah water bombing berikutan lokasi kebakaran yang sukar diakses melalui darat.

“Bermula semalam berlaku kebakaran hutan di Taman Negara Niah yang berpunca daripada sambaran petir dan menyebabkan kebakaran pokok-pokok di puncak bukit batu kapur.

“Pihak JBPM memohon bantuan daripada Unit Udara Bomba yang berpengkalan di Miri untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan kaedah water bombing dari udara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Jamri berkata JBPM Sarawak menyusun gerak kerja serta pergerakan logistik melibatkan aset darat dan udara sebagai persediaan menghadapi fenomena Super El Nino yang sedang melanda negara.

Menurut beliau, kesiapsiagaan anggota dan aset turut diperkukuh dengan penempatan secara strategik di kawasan panas (hotspot) serta lokasi berisiko tinggi bagi membendung peningkatan kes kebakaran, khususnya kebakaran terbuka.

“Berdasarkan analisa serta pemantauan berterusan kes kebakaran terbuka bermula 1 Julai 2026, rekod menunjukkan berlaku peningkatan mendadak kes kebakaran terbuka dalam tempoh 3 hari yang lepas dan setakat ini Bahagian Kuching dan Miri merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka yang tinggi berbanding bahagian-bahagian lain.

“Walaupun jumlah kes masih lagi terkawal dan berada pada tahap yang stabil namun begitu jika tidak dikawal atau kepekaan masyarakat dalam tempoh cuaca panas ini pihak JBPM bimbang jumlah kes kebakaran terbuka akan terus meningkat dan boleh memudaratkan kesihatan dan aktiviti masyarakat setempat akibat pencemaran asap,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai menghentikan sebarang aktiviti pembakaran terbuka sepanjang cuaca panas.

Katanya, JBPM akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu atau syarikat yang menyebabkan kebakaran terbuka sehingga menjejaskan alam sekitar dan kesihatan awam. – TVS

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan