ARTIKEL

Kebakaran musnahkan ribuan hektar hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMBROKE PINES: Kebakaran hutan besar yang berlaku di barat Broward County menyebabkan asap tebal bergerak ke kawasan Holly Lake di Pembroke Pines, Florida pada Ahad, ketika pelbagai agensi memantau keadaan berhampiran kawasan kejiranan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu Ajansi.

Polis Pembroke Pines memaklumkan terdapat pasukan penyelamat kebakaran ditempatkan di sepanjang perimeter komuniti Holly Lake berhampiran US 27 dan Pines Boulevard ketika kebakaran hutan terus merebak ke kawasan berhampiran. Pihak berkuasa melaporkan kebakaran itu memusnahkan kira-kira 1,942.5 hektar dan masih belum berjaya dikawal sepenuhnya setakat petang Ahad.

Polis turut menasihatkan pemandu agar mengelakkan kawasan itu selepas orang ramai yang berhenti di jalan berhampiran untuk menyaksikan kebakaran menyebabkan kesesakan lalu lintas berhampiran US 27 dan Pines Boulevard. Pegawai memberi amaran kenderaan yang cuba berhenti di sepanjang jalan raya akan diarahkan bergerak.

Menurut pihak berkuasa, agensi termasuk Perkhidmatan Hutan Florida, Polis Pembroke Pines, Pejabat Sheriff Broward dan pasukan Miami-Dade bekerjasama bagi mengelakkan kebakaran daripada mengancam komuniti berhampiran. Tiada kecederaan dilaporkan. – Bernama-Anadolu 

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia