ARTIKEL

Kebebasan akhbar harus selari dengan prinsip kebenaran, keadilan – Saifuddin Abdullah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited dalam menegakkan kebebasan akhbar dan pada masa sama kebebasan tersebut harus selari dengan prinsip kebenaran dan keadilan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata dalam era teknologi maklumat abad ke-21, akhbar bukan sahaja berperanan menyebarkan maklumat yang telus, tetapi melindungi masyarakat daripada penularan maklumat palsu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

“Saya bangga dengan pencapaian Malaysia dalam indeks kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dengan Malaysia melonjak 22 anak tangga ke tempat 101 dalam kalangan 180 negara tersenarai dalam indeks terkini.

“Kita perlu berusaha untuk bukan saja meningkatkan kedudukan negara dalam indeks antarabangsa, tetapi meletakkan peranan akhbar dalam pendekatan partisipatori bersama pemegang taruh lain iaitu kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil sebagai rakan kongsi pembangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin turut menzahirkan penghargaan kepada para wartawan yang merupakan tonggak utama membawa infomasi terkini dan sahih kepada masyarakat serta mengucapkan selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia kepada golongan wartawan dan pengamal media di seluruh Malaysia.

Beliau turut mengingatkan mengenai tanggungjawab menegakkan kebebasan wartawan dalam menjalankan tugas dengan baik serta menjunjung prinsip dan amalan etika kewartawanan.

Sejak disytihar oleh Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1993, Hari Kebebasan Akhbar Sedunia disambut pada 3 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebebasan akhbar.

Tahun ini tema sambutan adalah ‘Kewartawanan Tanpa Rasa Takut Atau Berpihak’. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik