ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kebocoran paip utama Sungai Palas, 13 kawasan terjejas di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Kebocoran paip utama yang berlaku di kawasan Sungai Palas di sini, dikenal pasti punca masalah tekanan air di daerah ini.

LAKU Management Sdn Bhd dalam satu kenyataan memberitahu, kawasan yang terjejas termasuk Tedungan, Kampung Mengatai, Kampung Ulak, Kampung Belading, Kampung Anak Bukit, Kampung Kuala Awang, Binjai, Ipai, Merasam Bumbun, Meritam, Lubok Sigantang-Aur, Telahak, dan Lubok Piasau.

“Usaha pemulihan sedang giat dijalankan untuk memulihkan masalah ini, selain berusaha melepaskan kunci udara dari saluran utama paip.

“Ia dijangka selesai dalam tempoh 24 jam akan datang. Setelah proses ini selesai, bekalan air akan kembali normal secara beransur-ansur di semua kawasan yang terjejas,” katanya.

Menurut kenyataan itu, selepas pemulihan selesai bekalan air terawat mungkin kelihatan keruh atau kotor.

Untuk mengatasi itu katanya, agensi tersebut akan menjalankan aktiviti membilas atau ‘flushing’ secara menyeluruh untuk memastikan kebersihan dan keselamatan bekalan air.

“Lori tangki air juga telah dihantar ke kampung-kampung yang terjejas.

Sila hubungi talian kami untuk pertanyaan mengenainya

” Pada masa yang sama pusat pengambilan air sementara telah disiapkan sejak semalam di Kawasan Rumah Kedai Tedungan untuk penduduk yang memerlukan bekalan air dengan segera,” katanya.

Untuk maklumat terkini, sila rujuk pada saluran 24 jam di talian 085-215633/215644/211601 atau Laman Web: www.lakumanagement.com.my atau -mel cs_lbg@lakumanagement.com.my.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU