ARTIKEL

BERSUNGGUH... Petrus Shitembi (tengah) membawa bola sambil dikawal ketat oleh pemain JDT.

Kecederaan tonggak utama jejas aksi Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Ketiadaan beberapa pemain utama susulan kecederaan sedikit sebanyak memberi kesan kepada rentak permainan Kuching City FC (KC FC) untuk merampas slot ke peringkat akhir Piala FA 2025.

Ketua Jurulatih KC FC, Aidil Sharin Sahak mengakui keputusan mungkin berbeza sekiranya kekangan itu tidak berlaku biarpun di atas kertas keputusan lebih memihak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sememangnya diketahui mempunyai barisan pemain kelas tersendiri.

“Kita akui perlawanan ini bukan mudah untuk kita kerana kita kehilangan beberapa tonggak penting tidak dapat bermain.

KETAT… Bergson (kiri) dikawal ketat oleh Yuki Tanigawa.

Hadir ke sini dengan ketiadaan mereka bukan mudah serta ditambah dengan kecederaan yang dialami pemain pertahanan sedia ada ketika bermain.

Memang mereka (JDT) layak untuk masuk ke peringkat final, namun perlu diingat Kuching City telah mengiring rapat di belakang dan mungkin keputusan akan bertukar pada perlawanan di masa akan datang.

“Bukan mudah, kita hadir dengan ketiadaan empat ke lima tonggak utama dalam barisan kesebelasan utama.

Datang ke sini tanpa khidmat mereka adalah sesuatu yang sukar untuk menentang pasukan yang diketahui kekuatannya.

Namun, kita telah cuba sedaya upaya dengan merangka strategi perlawanan untuk menyekat mereka daripada menghasilkan jaringan,” katanya.

Beliau pada masa sama mengakui JDT merupakan pasukan yang mempunyai kelas tersendiri berbanding Kuching City yang merupakan kelab yang terus melangkah untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

“Dan kita di sini, membuktikan dengan melakar sejarah kepada kelab (melangkah ke separuh akhir Piala FA).

Pemain telah memberikan aksi terbaik mereka menentang JDT.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh pemain yang bermain hingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Aidil percaya aksi di Stadium Sultan Iskandar (SSI) menjadi pengajaran paling berguna buat dirinya dan pasukan.

“Kadang-kadang kita perlu akur dengan dunia bola sepak, tetapi yang jelas dapat saya saksikan pemain kita mempunyai kualiti melawan, itu yang paling baik.

“Sebagai seorang yang profesional, pemain perlu meneruskan latihan, sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti diri untuk perlawanan akan datang,” jelas beliau.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan