ARTIKEL

Suspek ditahan polis untuk dibawa ke balai. - Foto Kredit: IPD Sibu

Kecekapan polis pastikan lelaki pecah masuk rumah gagal lolos diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki, yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk rumah, berjaya ditahan selepas dia cuba melarikan diri ke rumah jiran di kawasan Rantau Panjang di sini, petang semalam.

Menurut satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu hari ini, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang apabila suspek dipercayai memecah masuk sebuah rumah di kawasan tersebut.

Namun, tidak lama selepas itu, tindakannya disedari oleh penduduk setempat yang segera menghubungi pihak polis.

Dalam usaha melarikan diri, suspek bertindak melompat ke rumah jiran dan bersembunyi di dalam tandas tingkat atas.

“Namun, kebijaksanaan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dalam menjalankan rondaan membuahkan hasil apabila lokasi persembunyian suspek berjaya dikesan.

“Tanpa sebarang kekerasan, suspek yang berusia 32 tahun ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Menurut pihak polis, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, telah mengesahkan kes tersebut dengan penangkapan suspek terbabit.

Penangkapan ini sekali lagi menonjolkan kecekapan pasukan polis dalam memastikan keselamatan komuniti dan membanteras jenayah di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai untuk terus bekerjasama dengan polis dan melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan demi menjamin keselamatan bersama.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau