ARTIKEL

Keceriaan warga Sadong Jaya Ulu menjelang Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah penduduk Kampung Sadong Jaya Ulu dalam menyambut ketibaan lebaran beberapa hari sahaja lagi.

Semalam penduduk kampung terbabit menerima bakul makanan berupa barangan seperti beras, kuih serta beberapa keperluan lain pada Majlis Semarak Ramadan Raikan Raya 1444H/2023M di Masjid Darul Salam Kampung Sadong Jaya Ulu.

Majlis penyerahan bakul makanan tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Insfrastruktur) Ir Aidel Lariwoo yang juga Adun Sadong Jaya.

Sebanyak 70 bungkus bakul makanan disumbangkan oleh Baitulmal Sarawak, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sadong Jaya Ulu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sadong Jaya Ulu dan Saberkas Cawangan Sadong Jaya diserahkan dalam majlis berkenaan.

Ir Aidel dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih kepada tenaga penyumbang bakul makanan tersebut.

Beliau percaya adanya sumbangan barangan keperluan seumpamanya dapat memberi seri kepada penduduk kampung terbabit dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini.

“Kita percaya sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban bagi penduduk menerusi sumbangan barang keperluan tersebut,” ujar beliau.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Kaunselar Abdul Muttalib Julaihi, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Insfrastruktur) Kaunselar Salem Benga dan lain-lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU