ARTIKEL

Lee bercakap kepada media selepas menyempurnakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Gawai Dayak 2025 Peringkat Bahagian Bintulu di hadapan Stesen Petronas, Jalan Sibiyu, pada Khamis.

Kecuaian, punca utama kemalangan jalan raya – Lee Kim Shin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Faktor kecuaian manusia kekal sebagai penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya di negeri ini, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin.

Menurut beliau, kajian dan pemerhatian mendapati bahawa sebahagian besar insiden jalan raya berlaku disebabkan sikap lalai, tidak berhemah dan kegagalan mematuhi peraturan oleh pengguna jalan raya sendiri termasuk penunggang motosikal, pemandu kereta dan pejalan kaki.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Gawai Dayak 2025 Peringkat Bahagian Bintulu di hadapan Stesen Petronas, Jalan Sibiyu, di sini, pada Khamis.

Mengulas perkembangan statistik kemalangan jalan raya di Sarawak dari Januari hingga April 2025 yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tempoh empat bulan tersebut, Sarawak mencatatkan 6,724 kes kemalangan jalan raya dengan angka kematian seramai 120 orang manakala 47 individu cedera parah dan 102 lagi cedera ringan.

“Daripada jumlah itu, 6,502 kes melibatkan kemalangan hanya menyebabkan kerosakan kenderaan, menunjukkan betapa kerapnya insiden berlaku akibat kecuaian tanpa melibatkan kehilangan nyawa tetapi tetap memberi impak ekonomi dan sosial yang besar.

“Kita harus sedar bahawa setiap kemalangan, walaupun kecil, adalah petanda kepada masalah disiplin dan sikap yang perlu diperbaiki.

Kita perlukan anjakan budaya keselamatan – bukan hanya semasa musim perayaan, tetapi setiap masa,” katanya lagi.

Lee turut menyatakan, kerajaan negeri akan terus menggiatkan kempen kesedaran keselamatan jalan raya melalui pelbagai pendekatan termasuk edaran pelekat, bahan cetakan serta libat urus bersama komuniti, khususnya golongan muda dan penunggang motosikal.

BERITA LAIN

Kertas kuning bukan jaminan projek diluluskan

PAKAN: Semua Tuai Rumah digesa lebih proaktif memastikan kertas kerja permohonan projek pembangunan komuniti disediakan dengan lengkap dan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan

BERITA TERBARU

Kertas kuning bukan jaminan projek diluluskan

PAKAN: Semua Tuai Rumah digesa lebih proaktif memastikan kertas kerja permohonan projek pembangunan komuniti disediakan dengan lengkap dan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan