ARTIKEL

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (belakang, tengah) bersama para atlet pada majlis penyampaian Ganjaran Kemenangan kepada Atlet-Atlet negeri Kedah yang memenangi pingat pada Temasya Sukan Komanwel XX11, Birmingham 2022 dan Sukan SEA ke-32 Cambodia 2023 di Wisma Darul Aman semalam. | BERNAMA

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata insentif tersebut diberikan kepada tiga atlet Sukan Komanwel dan 21 atlet Sukan SEA atas kejayaan mereka memenangi pingat emas, perak dan gangsa dalam temasya berkenaan.

“Kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian ‘Kedah Fighter’ ini dan diharapkan kejayaan mereka itu akan membakar semangat atlet lain untuk bekerja lebih keras, berlatih bersungguh-sungguh  mewakili negara, bertanding dan seterusnya memenangi pingat di kejohanan bertaraf antarabangsa.

“Walaupun ganjaran ini bukanlah nilai sebenar (atas pengorbanan atlet), namun ini adalah tanda penghargaan dan rasa bangga kerajaan negeri atas pengorbanan dan kejayaan mereka,” katanya pada majlis penyampaian insentif kemenangan kepada atlet Kedah di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Menurutnya, atlet yang memenangi pingat di Sukan Komanwel menerima ganjaran berjumlah RM5,000 bagi pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak manakala RM2,000 bagi pingat gangsa.

Beliau berkata bagi Sukan SEA, pemenang pingat emas menerima RM3,000, pingat perak (RM2,000), manakala pingat gangsa menerima RM1,000.

Antara atlet Sukan Komanwel yang menerima ganjaran adalah Pearly Tan (badminton); Muhammad Aznil Bidin (angkat berat) dan Aifa Azman (skuasy) manakala bagi Sukan SEA, atlet yang menerima ganjaran adalah daripada sukan pelayaran, pencak silat, hoki wanita, taekwondo, badminton, ping pong, karate, angkat berat, kriket dan e-sukan. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di