ARTIKEL

Kedai Dalam Stesen Minyak Di Kuantan Musnah Terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Sebuah kedai di dalam sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi, sebelum sebuah jentera daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuantan tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.

Beliau berkata  kebakaran membabitkan kedai berkenaan dengan kemusnahan dianggarkan 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 4.42 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 11 anggota BBP Kuantan bersama sebuah jentera FRT, sebuah lori tangki air dan sebuah Rapid Response Vehicle (RRV) terlibat dalam operasi itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. –  BERNAMA 

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU