ARTIKEL

ADUN PDP: Baru Bian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Sarawak Shell Berhad di sebuah hotel di sini, semalam.

Kedudukan bekas ahli PSB di DUN, terserah Premier, Speaker – Baru Bian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan kedudukan bekas ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada persidangan akan datang terpulang kepada Premier Sarawak dan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Demikian kata Adun Ba’kelalan Baru Bian ketika ditanya soal kedudukan tiga bekas ahli parti itu pada persidangan yang dijangka diadakan pada Mei nanti.

“Saya rasa kita serahkan kepada Premier dan Speaker DUN kerana ini adalah di bawah kuasa mereka.

“Saya percaya, mereka sedia maklum dan saya difahamkan bahawa Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing sudah memaklumkan hal ini kepada Speaker dan Premier,” katanya.

Jelas Baru, maklum balas daripada rakyat di bawah kawasannya amat positif apabila mendapat sokongan lebih daripada 3,000 pengikut memohon menyertai PDP dalam tempoh dua minggu lepas.

“Saya terharu dengan sokongan ini, apabila melihat permohonan mereka menyertai menjadi ahli PDP,” katanya.

Terdahulu, PSB mengumumkan pembubaran parti tersebut sebagai langkah untuk menyertai PDP.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA