ARTIKEL

Keganasan rumah tangga di Sarawak menurun sepanjang PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kes keganasan rumah tangga semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kes keganasan rumah tangga semasa PKP di Sarawak menurun.

Namun, beliau tidak memberitahu secara terperinci mengenai statistik kes tersebut. “Keadaan di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia. Kita perlu mengkaji perbezaan itu. “Secara umum kes keganasan rumah tangga yang berlaku di Sarawak menurun dan ia selari dengan laporan PDRM mengenai indeks jenayah di Sarawak semasa PKP juga menurun,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, kelmarin.

Jelas Fatimah lagi, kes itu yang dilaporkan di bandar dan luar bandar tidak menunjukkan perbezaan ketara. “Jika dilihat perbandingan semasa PKP, kes keganasan rumah tangga di bandar dan luar bandar dilaporkan menunjukkan perbezaan dua kes sahaja,” katanya.

Ujarnya, penurunan kes tersebut berlaku mungkin disebabkan polis sukar mengenal pasti kewujudan kes pada tempoh PKP. “Terdapat banyak jenis kes keganasan rumah tangga yang berlaku seperti suami dengan isteri, bapa dengan anak dan sebagainya. “Isu keganasan rumah tangga yang berlaku di negeri ini memang sentiasa dipantau sebelum dan semasa PKP,” jelasnya.

Fatimah menegaskan, pelaksanaan PKP tidak akan menghalang mana-mana individu yang ingin tampil membuat laporan jika kes keganasan rumah tangga berlaku. “Sama ada di bandar dan luar bandar, individu tetap boleh membuat laporan mengenai isu ini walaupun ada anggota polis yang bertugas semasa PKP.

“Malah, individu terbabit boleh mendapatkan perlindungan atau bantuan daripada pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan undangundang yang dikenali sebagai Perintah Perlindungan Interim (IPO),” jelasnya. Katanya lagi, kementeriannya amat mengalu-alukan agar individu yang terlibat dalam kes tersebut tampil membuat laporan sewajarnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan