ARTIKEL

Kejayaan skuad B-16 bukti awal keberkesanan program khas FAM dan MSN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mula menunjukkan hasil positif menerusi kerjasama teknikal antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin berkata petanda awal keberkesanan perubahan struktur tersebut dapat dilihat menerusi pencapaian skuad bawah 16 tahun (B-16) negara yang muncul naib juara Kejohanan ASEAN Bawah 17 Tahun (B-17) 2026 di Indonesia, April lepas.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin

“Untuk NFDP sebagaimana yang telah diumumkan tahun lepas, semua aspek teknikal akan dikendalikan oleh pihak FAM. Kita lihat sudah ada bibit kejayaan apabila dalam kejohanan bawah 17 tahun tempoh hari kita mendapat naib juara.

“Jadi ini adalah perubahan kecil yang kita lakukan supaya kita dapat memastikan pemain NFDP dapat dibangunkan untuk kejayaan lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kem Fasa 1 Temasya Sukan Para ASEAN 2027 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata peruntukan yang diterima daripada kerajaan akan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan pengurusan jurulatih, atlet dan pemantauan prestasi secara menyeluruh.

Sebagai rekod, Malaysia muncul naib juara Kejohanan ASEAN B-17 2026 selepas tewas kepada Vietnam 0-3 pada perlawanan akhir.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU