ARTIKEL

Lee Zii Jia | Bernama

Kejohanan Badminton Dunia 2025: Zii Jia pulang awal, tewas kepada Hyeok Jin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Korea Selatan Jeon Hyeok Jin pada Kejohanan Dunia 2025 di Adidas Arena, Paris, Perancis hari ini.

Pemain berusia 27 tahun yang kembali menyertai kejohanan kompetitif selepas mengalami kecederaan buku lali pada Mac lepas, terpaksa akur dengan kekalahan straight set 17-21, 11-21 dalam tempoh 41 minit.

“Saya gembira untuk menamatkan perlawanan pertama tanpa sebarang kesakitan atau kecederaan.

Sasaran saya selepas ini adalah untuk mendapatkan semula perasaan saya beraksi dalam kejohanan,” katanya dalam audio yang dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada Jeon Hyeok Jin dalam lima pertemuan setakat ini.

Terdahulu, pemain beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King lolos ke pusingan kedua selepas menumpaskan gandingan Jepun Kenya Mitshuhashi-Hiroki Okamura straight set 21-5, 21-13 dalam tempoh 27 minit.

Menanti pasangan negara itu pada pusingan kedua adalah gandingan Thailand Kitinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh yang mendapat bye pada pusingan pertama. — Bernama

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU