BEKENU: Pasukan Old KK United FC menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Futsal Ragaman 2026.
Jagoan dari Selangor itu menumpaskan Alap Bana FT 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Arena Sibuti, Bekenu dekat Miri, semalam.


Kejayaan tersebut membolehkan Old KK United FC membawa pulang wang tunai RM2,500 berserta piala dan pingat.
Alap Bana FT selaku naib juara pula menerima wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat.
Sementara itu, pasukan Sesuka FT muncul pemenang tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM500 berserta piala dan pingat selepas menewaskan Vendetta FT yang menduduki tempat keempat 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.
Kejohanan anjuran Hannah Sports Event Management itu berlangsung selama dua hari bermula 3 hingga 4 Januari lalu.
Sebanyak 40 pasukan mewakili pelbagai kelab berentap dalam kejohanan berkenaan.



