Kejohanan Futsal Wanita Sarikei 2019 meriah

Sebanyak 14 pasukan berentap memburu kejuaraan Kejohanan Futsal Wanita Terbuka Sarikei, bermula hari ini.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium KPS itu turut menarik penyertaan pasukan dari Sibu dan Bintangor.

Jurucakap penganjurnya berkata, kejohanan kali ini menyaksikan penampilan hebat beberapa pemain berpengalaman.

“Malah gandingan muka baru menjadikan kejohanan pada edisi kali ini bertambah meriah dan menarik. Kita menjangkakan laluan sukar bagi setiap pasukan untuk melangkah ke takhta juara,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh turut meluangkan masa menyaksikan perlawanan sambil memberi kata semangat kepada pemain.

Pasukan mengabadikan kenangan beramai- ramai bersama ADUN N.41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh.

Pada masa sama, beliau yang juga ADUN N.41 Kuala Rajang memberikan sokongan melalui sumbangan tajaan bagi membantu kelancaran kejohanan berkenaan.

Menurutnya, kejohanan itu perlu diteruskan bagi mengalak penyertaan golongan muda dalam aktiviti yang lebih sihat.

“Saya memuji inisiatif dan kesungguhan Kelab Pengadil Bolasepak dam Futsal Sarikei menganjurkan kejohanan ini.

“Melalui langkah positif ini, penganjur bukan sahaja menghidupkan aktiviti sukan di Sarikei tetapi juga mampu mencegah penglibatan golongan muda dalam aktiviti yang tidak bermanfaat,” tambahnya.

Kehadiran Len Talif menyuntik semangat anak -anak muda.

 

: Antara pasukan yang bertanding.