ARTIKEL

MENJADI REBUTAN… Talhah Effendi (kanan) menyerahkan piala pusingan kepada Irwan Zulkarnain Muhamad Hasbie selepas sidang media.

Kejohanan Golf P.194 Petra himpun 200 pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 200 pemain akan berentap pada Kejohanan Golf Piala Cabaran P.194 Petra Edisi Ke-17 2026 yang akan berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya, pada 2 Ogos depan.

Kesemua pemain mewakili pasukan dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu N.6 Tupong, N.7 Samariang dan N.8 Satok.

Kapten Pasukan N.6 Tupong, Talhah Effendi, berkata kejohanan tahunan yang dianjurkan sejak 2008 itu menyaksikan DUN N.6 Tupong bertindak sebagai tuan rumah.

Menurut beliau, pemain yang menyertai kejohanan itu terdiri daripada pengundi dalam kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya.

“Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk menggalakkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara penggemar sukan golf dalam kalangan pengundi di kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya serta pemimpin setempat.

“Selain itu, kejohanan ini turut menyediakan platform sukan yang sihat merentasi tiga kawasan DUN dalam Parlimen P.194 Petra Jaya,” kata Talhah yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, pada sidang media di KGS, hari ini.

Beliau berkata, matlamat penganjuran kejohanan itu adalah untuk menjadikannya sebagai acara sukan tahunan yang mampan, konsisten dan terus berkembang.

“Apa yang diharapkan ialah penganjuran kejohanan ini dapat memperkasakan penyertaan daripada pelbagai peringkat, merangkumi pengundi tempatan dan pemimpin kawasan luar menerusi kategori yang dipertandingkan,” katanya.

Talhah berkata, penganjuran kejohanan itu juga bertujuan menjadikannya sebagai acara golf komuniti dan silaturahim kepimpinan yang terkemuka di peringkat Sarawak.

“Secara tidak langsung, melalui kejohanan ini juga akan lahir lebih ramai pemain golf berbakat, sekali gus mengukuhkan jaringan hubungan merentasi sempadan DUN,” katanya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu berpasukan, wanita dan individu (Gross & Nett). Seperti edisi terdahulu, kejohanan itu menawarkan hadiah berupa piala pusingan, wang tunai, barangan golf, barangan elektrik, baucar beli-belah dan pelbagai hadiah lain.

Untuk rekod, pasukan DUN N.6 Tupong muncul juara pada edisi lalu.

Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, yang juga Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU