ARTIKEL

Kredit: Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM | Bernama

Kejohanan Remaja Dunia: Pingat gangsa dalam genggaman Zi Heng-Noraqilah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu campuran remaja negara Loh Zi Heng-Noraqilah Maisarah Ramdan sudah mengesahkan sekurang-kurangnya pingat gangsa buat negara selepas mara ke pusingan separuh akhir pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 di Guwahati, India hari ini.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Nasional, pilihan utama kejohanan itu mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan wakil Indonesia Ikhsan Lintang Pramudya-Rinjani Kwinnara Nastine dengan kemenangan straight set 15-10, 15-8.

Gandingan negara itu akan bertemu wakil Taiwan Hung Bing Fu-Chou Yun An pada pusingan seterusnya.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi satu lagi beregu campuran remaja negara Tan Zhi Yang-Nicole Tan apabila tewas kepada gandingan Korea Selatan Lee Hyeong Woo-Cheon Hye In 15-17, 16-14, 6-15.

Sementara itu, kempen dalam acara perseorangan lelaki turut berakhir apabila Ayu Fu Sheng tunduk kepada pemain Indonesia Richie Duta Richardo 9-15, 9-15. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU