ARTIKEL

Kejohanan Sepak Takraw Lelaki/Wanita Terbuka Betong 2025 pada 22-23 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab Sepak Takraw Layar Hill akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Lelaki/Wanita Terbuka Betong 2025 pada 22 hingga 23 Februari ini.

Pengerusi penganjur kejohanan, Dasion Janting, memberitahu bahawa kejohanan dua hari itu diadakan di Dewan Panglima Rentap, Betong.

Menurut Dasion, penyertaan 32 regu disasarkan oleh pihaknya, dengan 16 regu lelaki dan jumlah sama bagi kategori wanita.

“Sebanyak 16 regu sudah mengesahkan penyertaan mereka untuk kategori lelaki berbanding hanya lapan regu bagi kategori wanita setakat ini,” ujar Dasion kepada Arena Suara Sarawak.

Tinggal lapan lagi slot regu wanita yang masing belum terisi bagi kategori wanita.

Menurutnya, pihaknya masih mengalu-alukan penyertaan bagi kategori wanita.

Bagi sebarang keterangan lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Rushdi Sani di talian 013-8958580, dan Hilster Ramba di talian 019-8643783.

Tambah Dasion, tiada bayaran untuk yuran pendaftaran bagi kategori wanita.

Kejohanan itu menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM3,000 berserta piala dan pingat.

Juara bagi ketagori lelaki akan menerima wang tunai RM700 berserta piala dan pingat manakala naib juara pula akan menerima wang tunai RM500 dan pingat.

Dua regu yang tewas pada peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM300 berserta pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Dalam pada itu, wang tunai RM500 selain piala dan pingat akan dimenangi regu yang berjaya muncul juara dalam kategori wanita.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM300 dan pingat.

Dua regu yang tewas pada peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM200 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.