ARTIKEL

PRESIDEN PSS…Datuk Haji Ismail Abang Saufi.

Kejohanan sepak takraw pentas cari bakat muda SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Haji Ismail Abang Saufi menegaskan bahawa penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan bermula Rabu ini (18 Jun) adalah sangat bertepatan.

Beliau berkata, kejohanan ini tidak hanya dilihat sebagai pentas untuk memberi peluang kepada pemain dari seluruh Sarawak mempamerkan kehebatan mereka.

Malah, ia merupakan landasan terbaik bagi PSS untuk mengenal pasti pemain muda berbakat yang berpotensi digarap bagi membentuk skuad yang akan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

“Penganjuran kejohanan berprestij ini (Piala Sarawak 2025) mempunyai misi serampang dua mata bagi PSS.

Selain dapat memberi peluang kepada pemain untuk mengetengahkan bakat mereka, pada masa yang sama ia membolehkan kami (PSS) mengenal pasti pemain muda berbakat,” ujar Ismail pada sidang media di pejabat beliau tadi.

Beliau turut menyatakan bahawa PSS kini fokus untuk mencari pemain muda yang akan mewakili Sarawak pada temasya SUKMA 2026.

Oleh itu, tambahnya, adalah sangat signifikan dengan dua kategori (regu belia lelaki & regu wanita) yang dipertandingkan.
Dengan kata lain, ini akan memudahkan PSS untuk memilih pemain muda berbakat bagi mewakili Sarawak pada temasya dwitahunan itu nanti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali