ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG...Poster rasmi kejohanan.

Kejohanan Tinju Bakat Remaja Bakal Berlangsung Di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha untuk melahirkan barisan pelapis dalam sukan tinju terus diperkasa menerusi penganjuran Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Peringkat Kebangsaan 2025, yang bakal berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Sibu dari 22 hingga 28 Jun ini.

Presiden Persatuan Tinju Bahagian Sibu (SBA), Encik Majidi Omar berkata, kejohanan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) dan Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), serta mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kejohanan ini dijangka menarik perhatian peminat sukan tempur tanah air apabila berlangsung nanti.

“Kita percaya setiap pasukan atau kelab yang menyertai akan membawa barisan petinju terbaik masing-masing,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, kejohanan selama tujuh hari itu akan mempertandingkan beberapa kategori umur bagi peserta lelaki dan wanita, khususnya yang berusia antara 13 hingga 19 tahun.

“Beberapa kategori akan dipertandingkan melibatkan pelbagai peringkat umur bagi memastikan penglibatan menyeluruh dan pencarian bakat yang lebih luas,” tambahnya.

Kejohanan ini diharap dapat menjadi platform penting untuk mencungkil dan mengasah bakat muda dalam arena tinju tempatan ke arah membina atlet berpotensi di peringkat lebih tinggi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU