ARTIKEL

JUARA KESELURUHAN... Barisan petinju JAB Sibu.

Kejohanan Tinju Bakat & Remaja Kebangsaan 2025: JAB muncul juara keseluruhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kehebatan pasukan Joe’ Academy Of Boxing (JAB) Sibu sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan pada Kejohanan Tinju Bakat Dan Remaja Kebangsaan 2025 yang diadakan di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu, baru-baru ini.

Kem tuan rumah terbabit mengungguli dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan.

Merangkul gelaran juara kategori bakat lelaki dan wanita (13-14 tahun) dengan meraih 14 pingat keseluruhan – tiga emas, enam perak dan lima gangsa.

Di samping itu, JAB ‘A’ turut mengungguli kategori remaja lelaki dan wanita (17-19 tahun) dengan enam pingat keseluruhan, tiga emas, satu perak dan dua gangsa.

Kategori junior lelaki dan wanita (15-16 Tahun) diungguli Tidal Bore Boxing Club Sri Aman dengan lapan pingat keseluruhan, dua emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Kejohanan terbabit berlangsung selama tujuh hari bermula dari 22 hingga 28 Jun lalu dan turut menyaksikan pembabitan seramai 147 petinju dari 18 pasukan mewakili pelbagai kelab, akademi, pusat pembangunan termasuk pembabitan Selangor dan Perak.

Majlis penangguhan kejohanan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka, Datuk Dr. Annuar Rapaee.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU