ARTIKEL

BERSEMANGAT... Antara sebahagian petinju di JAB sedang menjalani latihan.

Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2025: JAB dengan sasaran tersendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Akademi Tinju Joe’s (JAB) siap sedia melepas petinju mereka bersaing dalam Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-4 2025 yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman bermula dari 19 hingga 23 Ogos ini.

Memfokuskan untuk meraih sekurang-kurangnya dua pingat emas menerusi kategori berbeza.

Jurulatih JAB, Zurkarnain Majidi memberitahu, akademi terbabit yang mempertaruhkan barisan petinju baharu yang berpotensi.

“Rata-rata petinju yang kita pertaruhkan dalam kejohanan kali ini muka baharu dan pertama kali beraksi di pentas kompetitif.

“Apa pun, kami menyasarkan sekurang-kurangnya 2 pingat emas,” ujar Zulkarnain kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau akui, pihaknya terpaksa melupakan keinginan mempertaruhkan kelibat petinju sedia ada ekoran pertembungan masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Ada kalangan petinju lain yang terpaksa memberi tumpuan kepada peperiksaan di sekolah masing-masing.

“Oleh itu, kita terpaksa mengenepikan mereka untuk turut serta dalam kejohanan ini,” tambah Zulkarnain.

Katanya, dua pingat emas yang menjadi sasaran pihaknya menerusi kategori remaja wanita dan junior lelaki.

JAB untuk kejohanan kali ini mempertarukan 11 petinju kesemuanya iaitu 6 orang petinju yang akan bersaing dalam kategori junior lelaki, 4 orang petinju untuk kategori remaja wanita dan seorang petinju bagi kategori remaja lelaki.

“Misi utama kita (JAB) untuk kejohanan kali ini ialah mahu memberi pendedahan kepada petinju baharu dalam akademi ini.

“Diharap mereka dapat memperoleh sesuatu sepanjang kejohanan ini berlangsung kelak,” menurut Zulkarnain.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU