ARTIKEL

PENGARAH KEJOHANAN...Johnny Ting Su King. | FOTO RAMIDI SUBARI

Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2025: Pentas Terbaik Lahir Petinju Pelapis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak edisi keempat 2025 berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman bermula dari 19 hingga 23 Ogos ini.

Ia bukan sahaja dapat menyaksikan kemunculan ramai petinju baharu, pada masa yang sama sebagai pendedahan awal buat petinju yang berada dalam skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dengan perlawanan.

Pengarah kejohanan, Johnny Ting Su King menjelaskan, kejohanan edisi keempat ini menyaksikan penyertaan petinju muda Sarawak yang kini dalam proses dibentuk untuk menghadapi temasya SUKMA 2026.

Justeru kata Johnny, pendekatan tersebut penting bukan sahaja dapat memantapkan prestasi petinju terbabit, malah langkah berterusan ke arah memastikan kredibiliti petinju berkenaan berada pada tahap maksima.

“Barisan petinju muda Sarawak yang dalam rangka dipersiapkan untuk menghadapi Sukma XXII akan terus didedah dengan perlawan seperti ini.

“Ia secara tidak langsung dapat menjadi penanda aras terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka,” ujar Johnny kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU