Sebilah pisau di dapur
tentunya sunyi, terasing
daripada sudu dan garpu
Tangan-tangan memegang
penuh hati-hati, takut terToreh
takut terluka
Kemilau sayunya cahaya
yang menjeling wajahmu
dengan kematian
hanya pisau yang berani
berpeluh darah, mencincang
daging-daging liat untukmu.
Kapit, Sarawak.



