ARTIKEL

FAISAL Iswardi (tengah) meninjau gerai jualan ayam pencen semasa program Jualan Agro MADANI Mega Negeri Terengganu 2026. | Bernama

4.63 juta rakyat M’sia terima manfaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4.63 juta rakyat mendapat manfaat daripada 3,344 siri Jualan Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di seluruh negara bermula 1 Januari hingga 11 Oktober lepas.

Ketua Pegarah FAMA, Faisal Iswandi Ismail berkata, jualan itu melibatkan 54,124 usahawan dengan nilai jualan keseluruhan berjumlah RM7765 juta, serta penjimatan pengguna sebanyak RM24.72 juta.

Beliau berkata, pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan Jualan Agro MADANI sebagai platform strategik membantu rakyat mengurus kos sara hidup, memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan pendapatan usahawan tempatan.

“Secara keseluruhan, sepanjang tahun ini, kita telah menganjurkan 3,344 sesi daripada 5,000 program yang kita sasarkan untuk 2026.

“Jualan Agro MADANI FAMA ini selain fokus kepada harga berpatutan atau penjimatan antara 10 hingga 30 peratus, kita juga menyediakan platform tambahan kepada usahawan- usahawan di seluruh negara,” katanya pada sidang media Jualan Agro MADANI Mega Negeri Terengganu 2026, di Dataran Shahbandar, Terengganu.

“Insya-Allah kita jangka sebelum akhir Disember ini, kita dapat laksanakan kesemua 5,000 siri yang kita sasarkan di seluruh negara,” tambahnya.

“Untuk tahun ini, FAMA menetapkan 10 lokasi penganjuran Jualan Agro MADANI Mega di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat, selaras dengan agenda kerajaan dalam memperkukuh agenda ekonomi agromakanan negara.

“Terengganu merupakan lokasi ketujuh penganjuran, diikuti Jualan Agro MADANI Mega Khas di Melaka pada 6 hingga 8 November, seterusnya di Sarawak pada 27 hingga 29 November dan terakhir di Johor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Faisal Iswandi berkata, bermula 1 Januari hingga Oktober lalu, FAMA melaksanakan pembelian 35 juta biji telur ayam dengan nilai RM13.4 juta untuk diedarkan ke 152 outlet pemasaran FAMA bagi membantu rakyat mendapat bekalan pada harga lebih berpatutan. – Bernama

BERITA LAIN

Len Talif terbuka terima keputusan parti

SARIKEI: Datuk Len Talif Salleh terbuka menerima sebarang keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berhubung pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang

Sokong parti yang utamakan kepentingan rakyat – Karim

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu terus menyokong parti yang mengutamakan kepentingan negeri dan mempunyai rekod perkhidmatan baik bagi memastikan kesinambungan pembangunan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)

BERITA TERBARU

1.16 tan ketamin dirampas

MEDAN: Pihak berkuasa Indonesia merampas dadah jenis ketamin bernilai kira-kira AS$192 juta dari sebuah kapal tangki yang dipintas di luar perairan Wilayah Sumatera Utara, kata

Donnee Francis bina nama sendiri

BAKAT seni mengalir dalam keluarga, namun bagi Donnee Francis, 23, perjalanan membina identiti sendiri dalam industri muzik bermula menerusi karya terbaharunya, *Pilih Iya Tauka Aku*.