ARTIKEL

Screenshot

KEK RM150 BUKAN KERANA SAYA ARTIS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HARGA RM150 bagi sebiji kek berukuran enam inci mengundang perhatian pengguna media sosial.

Namun, bagi pelakon Shima Anuar, harga tersebut bukan ditetapkan kerana statusnya sebagai seorang artis.

Shima atau Noor Hashimah Anuar, 35, menjelaskan bahawa harga berkenaan ditetapkan berdasarkan keseluruhan kos penghasilan kek, termasuk bahan yang digunakan serta kualiti yang ditawarkan kepada pelanggan.

Menurutnya, kek yang dihasilkannya bukan sekadar menggunakan krim biasa, sebaliknya memerlukan lebih banyak bahan berkualiti, sekali gus mempengaruhi kos pengeluaran.

“Bukan, harga saya bukan sebab artis ke apa.

Saya kira semua kos.

“Kek saya bukan pakai krim biasa atau kosong.

Bila bahan banyak dan mahal, takkan saya nak jual kek murah?

Betul tak?” katanya menerusi hantaran di Threads.

Shima berkata, penjelasan tersebut dibuat susulan pertanyaan seorang pengguna di Threads yang mempersoalkan harga kek bersaiz enam inci yang dijualnya pada harga RM150.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, kebanyakan pelanggan yang membuat tempahan kek daripadanya merupakan pelanggan berulang dan menurutnya, perkara itu menjadi antara bukti bahawa pelanggan berpuas hati dengan hasil kek yang ditawarkan.

“Kebanyakan pelanggan yang membuat tempahan kek daripada saya merupakan pelanggan berulang,” jelasnya.

Bagi Shima, perkara itu mungkin sudah cukup untuk menjawab persoalan mengenai harga yang ditetapkannya apabila pelanggan yang sama terus kembali membuat tempahan.

“Kena tanya mereka kenapa buat pesanan semula.

Semua pembuat kek tidak menggunakan bahan yang sama.

“Saya cakap fasal kek saya saja ya, pembuat kek yang lain saya tak tahu macam mana,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Shima menegaskan bahawa setiap pembuat kek mempunyai kaedah, pilihan bahan dan kos tersendiri dalam menghasilkan produk masingmasing.

Justeru, katanya, harga kek yang ditetapkannya dibuat berdasarkan bahan serta kos sebenar yang digunakan, bukannya semata-mata disebabkan dirinya bergelar artis.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU