ARTIKEL

MESRA...Fatimah (tengah) merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir

Kekal integriti sepanjang masa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti diingatkan agar mengekalkan integriti sepanjang melaksanakan tugas bagi memastikan perkhidmatan jabatan terus cemerlang.

Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, seseorang petugas bukan sahaja perlu berintegriti di hadapan ketua jabatan, malah sikap tersebut penting dikekalkan ketika bersendirian.

“Apa-apa yang diusahakan bukan untuk pameran semata-mata, tetapi kesungguhan agar perkhidmatan kekal cemerlang yang datang daripada motivasi dalaman, bukan sekadar luaran.

“Perkara inilah yang perlu kita raikan selain memastikan ia konsisten menunjukkan tingkah laku baik dalam usaha sentiasa memperbaiki diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 KPWK dan Agensi bertemakan Shanghai Night di Hotel Imperial, di sini, malam tadi.

Terdahulu, majlis menyaksikan seramai 35 penerima anugerah merangkumi lapan orang pegawai dari pelbagai jawatan dan gred dari KPWK menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023, diikuti 21 penerima APC dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, dan enam orang dari Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak menerima APC.

Fatimah dalam ucapannya turut menegaskan agar warga kerja tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti rasuah dengan mudah tergoda tawaran yang diberikan oleh individu tertentu.

Beliau dalam pada itu turut menekankan agar warga kerja mengamalkan lima prinsip baik sepanjang bertugas iaitu intergriti, profesionalisme, berorientasikan hasil, baik hati, dan prihatin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam dan Setiausaha Tetap Kemeterian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Noriah Ahmad.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU