ARTIKEL

Kekalkan keharmonian dan perpaduan, kata Fatimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keharmonian dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk kerana ia merupakan asas untuk mencapai perpaduan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, perpaduan tidak hadir secara sendiri, tetapi perlu dipupuk terutama dalam kalangan generasi muda supaya ia dapat dijadikan amalan sehingga mereka dewasa.

“Anak-anak perlu diberi pendedahan awal berkaitan kepelbagaian yang ada di negara kita supaya mereka mengenali perbezaan dan kelainan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat berlainan kaum, bangsa dan agama,” ujarnya pada Program Perpaduan Keluarga Malaysia, di sini, hari ini.

Katanya, penerapan unsur perpaduan dalam diri anak-anak akan membuatkan mereka faham dan belajar untuk saling hormat-menghormati serta memahami adat resam orang lain.

Selain itu, aspek kebersamaan, perpaduan dan kesyukuran perlu ditekankan supaya tiada komuniti rasa terpinggir dalam pergaulan antara kaum agar kita dapat hidup secara aman dan damai.

Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA LAIN

Jip hilang di Kuching ditemukan di Bau

BAU: Cubaan seorang lelaki melarikan diri daripada polis dengan memecut sebuah jip yang dilaporkan hilang di Kuching berakhir apabila dia meninggalkan kenderaan itu di jalan

BERITA TERBARU

Manchester United Pecat Ketua Jurulatih Michael Carrick

BERLIN: Manchester United memecat ketua jurulatih Michael Carrick, menurut kenyataan kelab itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). “Manchester United mengesahkan bahawa Michael Carrick telah meninggalkan