KUCHING: Pesanan Temenggong Jugah ‘Anang Malaysia baka tebu, manis di pun tabar di hujung’ harus menjadi pegangan dalam Kerajaan Perpaduan.
Memetik ungkapan mendiang datuknya yang juga pengasas Malaysia itu, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan ‘kemanisan’ pembentukan Kerajaan Perpaduan perlu dikekalkan dengan memastikan sokongan berterusan dalam kalangan gabungan itu.
“Jangan sesekali Malaysia penuh dengan janji manis pada awalnya tetapi akhirnya menjadi tidak bermakna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, semalam.

