ARTIKEL

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. - Foto: UKAS

Kekalkan perpaduan untuk jayakan PCDS 2030 – Dr Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat di Sarawak perlu kekal bersatu padu untuk menjayakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata sasaran utama PCDS 2030 perlu diutamakan, terutamanya mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM282 billion menjelang tahun 2030.

“Berbaki enam tahun lagi untuk mencapai jumlah tersebut dan kini kita perlu mencapai sebanyak RM171 billion sebelum tahun 2030.

“Jumlah tersebut dapat dicapai sekiranya kekal bersatu kerana tiada siapa dapat menghalang kita untuk mencapai matlamat kemakmuran, keterangkuman serta kelestarian alam sekitar menjelang tahun 2030,” katanya dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, ujarnya, Sarawak kini dalam peringkat penting iaitu ‘pembinaan negara’ dan Kerajaan Negeri mula menggerakkan pertumbuhan ekonomi ke arah pembangunan yang lebih besar.

“Ini dapat dilihat kerana Kerajaan Sarawak sentiasa komited memberikan pendidikan tinggi secara percuma di universiti milik Kerajaan Sarawak menjelang tahun 2026.

“Ini termasuklah autonomi kesihatan dan pendidikan,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap dapat memiliki autonomi pendidikan serta kesihatan daripada Kerajaan Persekutuan kerana mahu memberikan yang lebih baik dan banyak kepada rakyat Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada